Monday, January 3, 2011

ANUGERAH - CINTA

CINTA itu adalah ANUGERAH,
cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi,
cinta kadangkala membawa penderitaan tetapi ia tidak berdendam,
dimana ada cinta disitulah kehidupan,
dimana ada benci disitulah kehancuran.
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai yang lain,
kamu masih mampu tersenyum
kamu masih mampu berdoa
kamu masih turut berkata
semoga dia berbahagia
walaupun bukan disisi kita
kerana CINTA itu adalah ANUGERAH yang dipinjamkan
dari ILLAHI buat hambanya.
kadangkala kita akan bertemu cinta yang salah
sebelum menemukan yang tepat.
Ambil ikhtibar dan jangan asyik menyalahkan
kerana itu adalah ujian.
Kita harus mengerti bagaimana untuk menghindar rasa sedih
dan BERTERIMA KASIH atas kurniaan itu.
INGAT!
CINTA bukan mengajar kita LEMAH,
tetapi memBANGKITKAN KEKUATAN.
CINTA bukan mengajar kita mengHINAKAN DIRI,
tetapi mengHEMBUSKAN KEGAGAHAN.
CINTA bukan melemahkan HARAPAN,
tetapi memBANGKITKAN SEMANGAT.

ALLAH ITU MAHA ADIL,
BERSYUKURLAH ATAS SEGALA KURNIAANNYA
BERTERIMA KASIH DAN REDHA ATAS SEGALANYA.










1 comment:

  1. AKU dapat ilham untuk menulis pagi ini setelah terbaca post seorang rakan ku yang kesedihan kerana cinta. aku harap dia tidak menyalahkan cinta kerana cinta itui adalah anugerah allah. yang menjadikan ia baik atau buruk adalah manusia itu sendiri.

    ReplyDelete