Tuesday, January 25, 2011

MUZIK..KAU DAN AKU..

Gabriella.

            Kebosanan memaksa aku untuk keluar menikmati udara segar Sweet Garden. Bukan kerana desa ini yang bosan, tetapi kerana diriku memang begitu membosankan. Semalam seharian aku melepak di halaman belakang rumah sambil membuang rumput-rumput liar yang mengganggu pandangan mataku terhadap keindahan bunga teluki yang disusun elok oleh makcik Marry dalam pasu yang pelbagai warna. Desa ini memang menyegarkan dan memberiku banyak tenaga berbanding tempat tinggal asalku New York City. Lalu demi untuk mencari ketenangan itu aku datang ke desa ini. Sebetulnya lebih kepada lari atau menyembunyikan diri disini. Apa gunanya hidup dibandar besar tetapi rasa seperti terkurung dibilik bawah tanah. Itu fakirku. Mungkin agak berlebihan, tetapi memang aku jarang merasai keseronokan disana. Mungkin suatu hari nanti aku patut berpindah ke desa seperti ini.
"Gebriella, kamu dari mana ? mari masuk. Kita bersarapan bersama." “Em.. sedapnya bau. Waw, scrabble egg dan pancake kegemaran saya. Terima kasih makcik.”  makcik Marry hanya tersenyum memandang ku kami kemudiannya bersarapan bersama-sama pakcik Tony dan anak lelaki mereka yang merupakan abang sepupuku Nick.
            Selesai bersarapan aku membantu makcik Marry mengemas meja makan dan mencuci pinggan disinki. “Apa yang kau nak buat hari ini? Nampaknya cuti kau hanya tinggal 2 hari.” Nick menyapa aku yang sedang sibuk mencuci pinggan sehingga tidak perasa yang makcik Marry sudah berlalu ke halaman rumah untuk menyiram pokok-pokok bunga yang mekar berkembang. Aku menoleh kearahnya yang kini sudahpun berada disebelahku. “em.. aku rasa aku nak kesungai dengan menunggang basikal. Kemudian kita memancing. Kalau dapat ikan kita boleh bakar. Ok tak idea aku?” “ kalau tak ok, aku boleh membantah ke?” Nick bertanya semula dengan kening yang terangkat. “ pasti… tak boleh” aku menjawap sambil tersengeh. Nick mendepakan kedua-dua tangannya dan mengangkat bahu yang membawa makna ‘ tengok, aku dah agak dah’ dengan senyuman menawan dia berlalu pergi dan aku tahu sebentar lagi pasti idea ku tadi akan terlaksana.
            “ hahahaha….. teruknya cara kau lempar tali joran. Macam nak terjun sungai." Nick mentertawakan aku. Memang perkara biasa kalau aku jadi bahan lawaknya. “tak ada yang anehnya tau cara aku melempar joran. Kau je yang terlalu suka mencari bahan lawak." "Bukan cara kau saja yang pelik tetapi diri kau tu yang memang pelik. Nasib baik kita sepupu" dahi ku berkerut cuba memahami maksud kata-kata Nick. " kalau kita bukan sepupu maknanya kau tak mungkin akan berkawan dengan aku ? begitu ?" kali ini Nick hanya tersenyum kecil dengan kepala yang digelengkan sedikit. " Bukan macam tu. Salah sangat tu. Cuma kalau aku jadi abang kau mesti dah lama aku kerjakan mereka yang suka membuli kau." Kini giliran aku pula tersenyum." Kau memang baik Nick. Kaulah abang terbaik didunia yang pernah aku ada." " jadi betullah kau sengaja bercuti kesini supaya dapat mengelak daripada pembuli-pembuli di sekolah ?" Nick betanya dalam nada tegas. Aku terdiam. Memang benar satu daripadanya adalah perkara itu. Tetapi sewaktu ditanya oleh Nick minggu lepas, aku menafikannya. “ Tolonglah Gabs jujur je dengan aku. Aku bukan makan orang.” Akhirnya aku mengaku juga tetapi menyatakan bahawa itu hanya satu daripada sebab kecil. Sebab sebenarnya aku memang ingin melepak bersama keluarga Nick. Aku suka.

            Perjalanan pulang dari Sweet Garden ke New York city mengambil masa selama 2 1/2 jam. Sebenarnya bukanlah satu jarah yang jauh. Tetapi bukan juga terlalu dekat. Hanya masa yang menjadi kekangan untuk aku selalu melawat Makcik Marry. Kali ini Nick bebesar hati ingin menghantarku pulang. Dia ingin melihat gadis-gadis New York. Macamlah rumahku itu tempat berkumpulnya gadis-gadis comel atau cantik atau entah apa-apa nama gelaran yang diberikan oleh mereka di Bandar besar ini aku juga tidak tahu. Aku? Jauh terpesong dari semua gambaran gadis kota.
“Selamat pulang sayang” kepulangan ku disambut mesra oleh ibuku. Kami berpelukan sebentar. Makcik Marry kirim salam sayang pada mak. Aku bersuara selepas meleraikan pelukan kami. “ oh, ibu rindu sangat pada dia. Bagaimana dengan pakcik Tony dan Nick ? mereka sihat ?" " Nick sangat sihat makcik Nate” Nick bersuara sambil berjalan masuk dengan membimbit beberapa bungkusan yang memuatkan sayur dan buah-buahan segar. Ibu ku tersenyum memandang Nick mereka kini saling berpelukan. “dah lama makcik tak jumpa kamu. Kamu dah besar panjang sekarang ya.” “ nasib baik saya dah besar panjang tak macam orang tu besar mengembang.” Nick cuba berseloroh dan aku tahu itu ditujukan untukku. “Aku tak gemuk ok.” “ops.. makcik nampaknya ada orang terasa. Mungkin kita patut sejukkan dia dengan air oren segar dari ladang.” Nick menayangkan dua buah botol air yang berisi jus oren segar hasil buatan makcik Marry. ibuku dan aku sama-sama tersenyum senang hati melihat Nick mengemaskan semua barang-barang pemberian ibunya didapurku. Nampaknya dia lebih cekap melakukan kerja-kerja rumah berbanding diriku sendiri. Mungkin dia telah terbiasa dan aku pula jarang sekali ke dapur memandangkan selalunya semua kerja telah dibereskan oleh ibuku. Makan malam kami diselangi dengan gelak ketawa gara-gara cerita yang disampaikan oleh Nick. Dia memang benar-benar pandai bergaul. Adakah Hanry juga begitu? Tiba-tiba fikiranku melayang jauh. Kenapa aku terfikirkan dia? Ish, aku benci bila teringat kebodohan diriku yang mungkin terlalu baik membantu walaupun sebenarnya ia tidak diperlukan sama sekali. Namun jika bukan kerana sahabatku yang memaksa aku tidak mungkin akan membantu mereka.

Selesai makan malam aku membawa Nick keluar ke taman berhampiran rumah yang lebih kepada tempat lepakku. “ jadi kau lepak disini seorang?” Nick bertanya dan tersenyum menang apabila aku menganggukkan kepala, jawapanku memang sudah diagak. “ ok. Sekarang kau nak berterus terang dengan aku atau kau nak biarkan saja masalah kau sampai tahun depan dan ditambah lagi dengan m,asalah yang baru kerana aku akan pulang esok.” Nick mula mencungkil rahsia. Aku masih membisu. Teragak-agak untuk berterus-terang. Aku tak tahu sama ada apa yang akan ku katakana ini benar-benar menarik perhatian Nick atau itu hanya akan menjadi satu daripada bahan gurauannya.
“Aku tunggu sampai kau sedia nak bercakap walaupun aku rasa macam akan beku beberapa minit lagi.” Nick mula mengingatkan aku bahawa cuaca agak sejuk. Namun aku pasti cuaca tidaklah begitu sejuk. Sehingga boleh membekukan. “ok, ok sebenarnya aku menyertai kumpulan muzik.” “apa?” reaksi terkejut Nick membuatkan aku sedikit teruja kerana selalunya tindakan aku akan mudah dibacanya. “ok aku tahu kau memang meminati muzik tapi kenapa cepat sangat kau buat band?” nada suaranya seakan terkejut namun selepas itu dia kembali bergurau “ kenapa kau tak masukkan aku dalam kumpulan kau? Suara aku boleh tahan juga tau.” “ Jangan bergurau Nick. Semua ni berlaku secara tak sengaja. Aku dah malukan diri aku sebab semua benda ni." Aku bersuara seakan-akan menyesal. Namun aku sendiri tidak pasti adakah aku benar-benar menyesal atau tidak.
“ kau langsung tak memalukan Gabs, kau penyelamat kami. Lebih kepada penyelamat aku” tiba-tiba satu suara yang cukup aku kenali muncul. Aku dan Nick pantas menoleh…………..




                                                                                                                                             -bersambung-          

1 comment:

  1. cite ni macam alih bhasa sikit bnyinye. bru nk try mnulis. so hope klau da pape salah terima je r ek or tlg btulkan ke... k

    ReplyDelete